Monday, November 1, 2010

STAGE MAKE UP


Sejarah make up 

Semasa zaman teater Yunani dan Rom, para pelakon tidak menggunakan make up. Mereka hanya menggunakan topeng untuk menggambarkan jantina, usia atau rupa yang berbeza. Thespis, dianggap sebagai pelakon yang pertama dan untuk solekan wajahnya, timah putih dan anggur telah digunakan. Semasa abad pertengahan di Eropah, pelakon diubah penampilan mereka dengan mengecat wajah mereka menggunakan warna yang berbeza. Pelakon yang membawa watak tuhan menggunakan warna putih atau emas dan bagi pelakon yang melakonkan watak malaikat pula menggunakan warna merah. Semasa zaman kebangkitan semula, para pelakon lebih kreatif dan mempunyai lebih banyak idea untuk membuat solekan pada wajah mereka. Mereka menggunakan bulu biri-biri untuk membuat janggut palsu dan tepung sebagai cat wajah.
Kemajuan dalam teknologi pencahayaan pentas memerlukan make up pentas untuk berubah dari satu warna satu wajah kepada seni pelbagai dimensi. Asalnya teater menggunakan lilin dan lampu minyak tanah di mana kedua-dua sumber cahaya ini amat malap dan membuatkan make uo kelihatan tidak realistik. Apabila lampu gas dan lampu elektrik diperkenalkan kepada teater, bahan solekan baru telah wujud dan lebih banyak teknik untuk mengaplikasikan solekan kepada wajah telah diperkenalkan. Pada tahun 1873, Ludwig Leichner, seorang penyanyi opera Wagnerian mula mengkomersialkan kayu greasepaint tidak beracun dan memudahkan proses mengaplikasi solekan pada wajah.

No comments:

Post a Comment