Monday, November 1, 2010

SET MAKE UP DAN FUNGSINYA



Foundation (Bedak Asas)

Terdapat dua jenis foundation iaitu foundation liquid dan foundation cake. Terdapat beberapa jenis foundation yang digunakan dalam stage make-up, foundation yang asa ialah skin tone, negro, Chinese and 007 ( foundation putih ).Hendaklah memilih foundation mengikut warna kulit.Fungsi bedak asas ialah untuk menyekatakan tona kulit wajah serta menutup kesan-kesan parut atau jerawat. Selain itu, ia juga mampu melindungi kulit wajah dari pancaran UV.







 
Loose Powder  ( Bedak  Alas )

Loose Powder terbahagi kepada dua iaitu bedak serbuk dan bedak padat.Fungsi bedak alas adalah untuk mematikan foundation di samping menyekatakan warna kulit. Selain itu, ia juga diletakkan di bawah mata sebelum memakai eye-shadow.Hal ini kerana untuk menggelakkan daripada habuk eye-shadow jatuh ke atas wajah yang telah di makeup. Untuk yang kulit kering atau normal hendaklah menggunakan bedak padat sementara untuk yang kulit berminyak atau berjerawat hendaklah menggunakan bedak serbuk.


 
Blusher ( Pemerah pipi )

Membantu untuk menaikkan lagi seri muke serta menampakkan bentuk tulang pipi.Cara menggunakan pemerah pipi ialah menyapukan pada tulang pipi.Selain itu,ia juga berfungsi sebagai shading untuk menampakkan lagi raut wajah seseorang.







Lipstick

Fungsi Lipstik ialah untuk mengelakkan bibir daripada tampak pucat dan menyegarkan bibir kerana ia mengandungi vitamin yang mampu melembabkan bibir. Selain itu, lipstick juga boleh menyerlahkan bibir si pemakai serta seri makeup. Sebelum memakai lipstick,boleh pakai lip-liner untuk melukis bentuk garisan bibir.








Eyeliner

Fungsi eye-liner ialah untuk menyerlahkan mata serta boleh membesarkan mata yang kecil.












Eye shadow

Fungsi eye-shadow ialah untuk menyerikan bentuk mata serta mencantikkan lagi wajah seseorang agar tidak nampak kelam.










Span
 
Pilihlah yang berbentuk segitiga. Anda boleh menggunakan sisi yang lebih halus untuk meratakan alas bedak di sekitar hidung dan rahang. Sementara sisi span yang lain, anda boleh gunakannya untuk meratakan bedak di sekitar pipi, kening, dan dagu. Jika lebih suka span sintetik, pilihlah yang ukuran yang kecil.






 
Berus bedak
 
Berus ini berfungsi untuk mencegah bedak atau blusher bergumpal pada wajah anda. Pilih yang berukuran besar, dengan bulu halus. Sapukan di seluruh wajah untuk membuang sisa-sisa make-up.








Berus blusher
 
Ukurannya lebih kecil dari berus bedak. Gunakan untuk mengaplikasi blusher.







Berus eyeshadow

Biasanya memiliki berus di kedua-dua bahagian hujungnya. Anda boleh
menggunakannya untuk mengaplikasikan eyeshadow.





Span eyeshadow

Penggunaan span ini bagus untuk warna yang sedikit pucat. Tak memerlukan pencampuran warna terlalu banyak. Selain itu anda boleh gunakan untuk mengaplikasikan higlight pada alis mata.





Sikat alis dan bulu mata

Alat ini berguna untuk menyikat bulu mata untuk menghindari gumpalan maskara. Hasilnya, bulu mata lebih cantik. Sementara sisi lainnya anda boleh gunakan untuk membentuk alis.








Berus gincu

Gunakan berus gincu untuk membuat outline pada bibir anda. Setelah itu gunakan gincu untuk mengisi outline yang telah anda buat.






Penyepit bulu mata

Sekali anda menggunakannya, alat ini menjadi keperluan bagi kecantikan asas. Anda mungkin akan terkejut dengan hasil penyepit bulu mata yang mampu menimbulkan efek pada mata. Mata akan kelihatan lebih menyerlah.


No comments:

Post a Comment