Wednesday, November 3, 2010

Kenapa Perlu Bersolek?

Bagi pelakon, make up merupakan salah satu aspek yang sangat penting bagi membantu pelakon membawa watak serta perwatakan dengan lebih jelas. Make up yang tepat dengan watak yang dibawa dapat membantu pelakon menjiwai wataknya dengan lebih berkesan. Secara tidak langsung,penonton dapat mesej yang hendak disampaikan oleh pelakon. Make up juga dapat membuat seseorang pelakon lebih confident apabila diatas pentas.

Make up juga merupakan salah satu aspek kekaguman bagi teater. Keluasan pentas lakonan juga memainkan peranan dalam menentukan style makeup bagi seseorang pelakon. Hal ini kerana sekiranya ruang lakonan itu kecil,kita tidak perlu make up tebal,ini akan mencacatkan lagi watak lakonan seseorang. Sekiranya ruang lakonan itu luas dan besar,kita hendaklah mengenakan makeup yang tebal agar penonton yang duduk jauh dari pentas dapat melihat dengan jelas imej serta karakter pelakon tersebut.

No comments:

Post a Comment