Wednesday, November 3, 2010

SPECIAL EFFECTS MAKE UP


Tarikh             :01 /04/2010
Masa              : 8.30 pm-10.30 pm
Tempat           : 8-2-6
Tajuk               : special effects

            Pada minggu ini, kami mempelajari cara-cara untuk membuat special effects make up. Pertama sekali En.fifi telah mengajar cara-cara untuk membuat darah. Bahan-bahan yang digunakan ialah, golden syrup, pewarna merah, hijau dan kuning. Setelah kesemua bahan itu dicampur, ianya seolah nampak seperti darah yang sebenar.

            Kemudian En fifi menerangkan beberapa fakta tentang lebam. Lebam mempunyai tiga peringkat iaitu pada peringkat permulaan lebam itu berwarna merah. Selepas itu, lebam itu akan bertukar warna biru kehitaman. Apbila ianya beransur pulih ia akan bertukar manjadi warna kekuningan. Lebam berlaku kerana pendarahan tersumbat yang berlaku di bawah kulit. Kawasanh yang paling kuat untuk lebam adalah kawasan yang bertulang. Apabila kita hendak membuat lebam di mana-mana anggota badan kita menggunakan creambase make up dan  warna asasnya ialah merah,biru,kuning,hitam dan hijau.

            Seterusnya. En fifi menunjukkan cara untuk membuat special effects. Latex adalah bahan utama diikuti dengan tisu. Setelah membuat asas bentuk yang ingin dilakukan, tentunya bagaimana corak yang perlu untuk menampakkan luka itu seperti luka yang benar. Selepas itu gunakan creambase make up untuk mewarnakan latex yang telah kering. Seterusnya letakkan darah yang dibuat tadi untuk menampakkan seperti luka itu baru terjadi.









           

No comments:

Post a Comment