Thursday, November 11, 2010

final exam teater kanak-kanak

assalammualaikum...
Pada tanggal 26 September 2010, saya dan rakan-rakan kelas telah membuat persembahan Teater Kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan Alam Shah 2, bagi ujian penilaian akhir untuk subjek Teater Kanak-kanak. Teater kanak-kanak ini bertajuk 'Ei ei Oo...Budi di Ladang' arahan Nurul Ain Othman. Pensyarah kami iaitu Puan Aminah Raphor telah membuat keputusan meminta kami mebuat persembahan di luar kolej kerana bukan sahaja dapat menilai serta menguji tahap lakonan kami malah ia juga menguji keberanian serta daya usaha kita sebagai seorang pelakon yang juga dikenali sebagai seorang penghibur,untuk menarik perhatian penonton.

Sinopsis 'Ei ei Oo...Budi di Ladang'
Mengisahkan kehidupan binatang yang hidup secara berkumpulan di dalam ladang tersebut. Antara haiwan yang ada di ladang tersebut ialah : Orang-orang,Lembu, Belalang, Anjing, Katak, Burung Hantu, Semut dan Tikus. Orang-orang bekerja mengumpul gandum sementara anjing menjaga kawasan gandum.Lembu pula menyumbangkan hasil susu untuk ladang tersebut.Sementara itu,haiwan lain hidup di ladang tersebut sehinggakan pada suatu hari,orang-orang mendapati guni gandum mereka berkurangan.
Sebelum itu,belelang sering membuat kacau di ladang tersebut namun telah dihalau oleh orang-orang. Pada malam pula,katak yang merupakan perantau telah singgah di ladang gandum itu untuk berehat dan telah menemui burung hantu.Mereka berbual-bual dan katak menghiburkan burung hantu dengan memainkan serulingnya. Selepas itu,sekumpulan semut telah datang untuk mencuri manisan coklat yang terdapat di ladang gandum itu.Semasa mencuri,anjing yang menjaga kawasan ladang telah berjaya menangkap sekumpulan semut itu dan semut telah dituduh mencuri gandum. Namun semut menafikan kerana mereka tidak makan gandum,mereka makan manisan coklat. Selepas itu,salah seekor anjing mengatakan bahawa ia ada terlihat katak yang sedang berbual dengan burung hantu. Katak juga telah dituduh mencuri. Namun hakikatnya ialah, sekumpulan tikus yang sebenarnya mencuri hasil gandum di ladang tersebut. Oleh itu,orang-orang,lembu,anjing dan haiwan yang dituduh mencuri telah bekerjasama memasang perangkap untuk menangkap tikus. Akhirnya tikus telah berjaya ditangkap dan mereka dihukum membersihkan ladang gandum tersebut selama sebulan.

Saya memegang watak seekor semut. Costume semut berwarna merah,baju serta seluar semut merah. Malah kami juga ada membuat bontot semut menggunakan dawai serta span kemudian diikat pada pinggang kami. Selain itu, kami memakai crown melambangkan semut serta mempunyai sengsungut. Sementara muka pula,dicatkan warna merah putih menggunakan makeup paint krayolan.Sebelum memulakan proses makeup,pastikan muka bersih serta dilembabkan sedikit kulit wajah agar tidak stress,kemudian lukis garisan menggunakan eyeliner pencil.pada bahagian tengah diwarnakan putinh kemudian pada bahagian kiri dan kanan wajah pula diwarnakan merah.kemudian kening ditebalkan.Setelah siap,akhir sekali pekatkan semula garisan tersebut menggunakan warna hitam.

Solekan ini lebih dikenali sebagai solekan fantasi. Bagi saya solekan fantasi ini sangat penting bagi menghidupkan watak-watak fantasi terutamanya. sebagai contoh watak badut atau binatang.sekiranya wajah tidak dioles oleh solekan,penonton tidak akan nampak watak yang dibawa malah tidak akan dapat faham jalan cerita sesuatu teater itu. Oleh itu,bagi saya solekan semut ini sangat membantu saya dalam menghidupkan lagi watak serta perwatakan saya sebagai seekor semut yang cantik tapi nakal. Selain itu,rakan-rakan saya yang lain juga turut mengenakan solekan mengikut watak mereka sendiri. Solekan fantasi ini juga sangat penting dalam membantu seseorang pelakon untuk menjiwai watak yang dibawa. Sebagai contoh,diri saya sendiri,apabila mengenakan solekan semut itu,saya dapat rasakan yang saya bukan diri saya lagi,saya adalah seekor semut.Akhirnya saya berjaya membawa watak semut dan kanak-kanak terhibur apabila melihat aksi kami semasa persembahan.

Sekian, terima kasih.

Berikut adalah hasil lakaran semut saya :

No comments:

Post a Comment