Wednesday, November 3, 2010

OLD AGE MAKE UP

Tarikh             : 02/02/2010
Masa              : 9.30 am – 12.30 pm
Tempat           : 8-2-6
Tajuk             : old age make up

            Pada minggu ini, kami mempelajari tentang cara-cara untuk make up orang tua. Para pelakon perlu mengetahui cara-cara untuk mengaplikasikan perwatakan orang tua di muka meraka sendiri.
            Seperti biasa, setelah meratakan muka dengan foundation skintones, kami diarahkan untuk membuat segala kedutan yang terdapat di muka kami. Kedutan-kedutan ini dibuat dengan menggunakan pensil eyeliner. Ianya hendaklah dilukis dengan betul supaya kedutan tadi nampak dengan jelas. Setelah itu, En FiFi mengarahkan kami supaya menghilangkan kedutan-kedutan yang dilukis tadi.
            Kemudian, En Fifi mengarahkan kami membuat make up orang tua yang berumur 30 tahun. Dengan mengunakan cara yang sama. Seterusnya orang tua yang berumur 40 tahun. Dan akhir sekali kami diarahkan membuat muka orang tua yang berumur 60 tahun dan sakit. Sedikit lipstick atau eyeshadow ditambah di hujung mata supaya nampak seperti orang sakit, seterusnya highlight boleh digunakan di bahagian pipi. Untuk menampakkan pipi jatuh.



 

Tarikh             : 23/02/2010
Masa              : 9.30 am – 12.30 pm
Tempat           : 8-2-6
Tajuk             : Old Age Make Up ( Bangsawan )

          Minggu ini masih dalam genre old age make up. Kami dikehendaki mencari watak-watak orang tua dan melakar make up yang kami ingin kami buat pada muka kami. Saya telah memilih, watak mak ngah dalam filem Lembing awang pulang ke dayang.

            Selepas En Fifi, memilih design yang telah saya buat, saya mula memakai foundation skintones.Sepertibiasasegalakerut-kerut yang ingin dibuatakan dilakar menggunakan eye liner. Setelah itu, seratakan lakaran-lakaran itu ke dalam foundation supaya ianya tidak nampak comot. Setelah itu, letakkan sedikit foundation berwarna putih di bahagian depan rambut.

            Watak yang saya pilih ialah berumur 55 tahun. Jadi segala tanda-tanda yang menunjukkan tua perlulah jelas.

           



Tarikh             : 02/03/2010
Masa              : 9.30 am – 12.30 pm
Tempat           : 8-2-6
Tajuk             : Old Age Make Up (nenek kebayan )

            Minggu ini, watak nenek kebayan adalah tugasan kami. Saya telah memilih teater Puteri Gunung Ledang dan mengambil watak nenek kebayan yang menjaga Gunung Ledang. En Fifi memilih lakaran yang paling sesuai dan menyuruh untuk mengaplikasikan di muka saya.

            En Fifi telah memberi buku stage make up sebagai panduan. Minggu ini En Fifi menyuruh kami make up muka kami untuk persembahan di pentas besar. Ini bermakna kesan khas penuaan perlu dijelaskan dengan ketara supaya penonton nampak lebih jelas tentang watak dan perwatakan yang ingin disampaikan. Setelah memakai base foundation, highlight digunakan untuk menjelaskan kedut  yang perlu dibuat. Saya perlu mengerutkan muka dan menyapukan highlight di bahagian kedutan yang timbul, dengan itu segala garisan akan terbentuk dan lebih senang untuk menjelaskannya. Kali ini saya tidak menggunakan celak untuk menjelaskan garisan kedutan tetapi menggunakan foundation negro. Segala garisan yang terbentuk akan diwarnakan dengan foundation negro. Setelah selesai semua bahagian yang perlu di highlightdan shading, putihkan kening dan rambut supaya nampak lebih jelas perwatakannya.




 Sebelum
















Selepas




1 comment: