Thursday, November 11, 2010

final exam teater kanak-kanak

assalammualaikum...
Pada tanggal 26 September 2010, saya dan rakan-rakan kelas telah membuat persembahan Teater Kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan Alam Shah 2, bagi ujian penilaian akhir untuk subjek Teater Kanak-kanak. Teater kanak-kanak ini bertajuk 'Ei ei Oo...Budi di Ladang' arahan Nurul Ain Othman. Pensyarah kami iaitu Puan Aminah Raphor telah membuat keputusan meminta kami mebuat persembahan di luar kolej kerana bukan sahaja dapat menilai serta menguji tahap lakonan kami malah ia juga menguji keberanian serta daya usaha kita sebagai seorang pelakon yang juga dikenali sebagai seorang penghibur,untuk menarik perhatian penonton.

Sinopsis 'Ei ei Oo...Budi di Ladang'
Mengisahkan kehidupan binatang yang hidup secara berkumpulan di dalam ladang tersebut. Antara haiwan yang ada di ladang tersebut ialah : Orang-orang,Lembu, Belalang, Anjing, Katak, Burung Hantu, Semut dan Tikus. Orang-orang bekerja mengumpul gandum sementara anjing menjaga kawasan gandum.Lembu pula menyumbangkan hasil susu untuk ladang tersebut.Sementara itu,haiwan lain hidup di ladang tersebut sehinggakan pada suatu hari,orang-orang mendapati guni gandum mereka berkurangan.
Sebelum itu,belelang sering membuat kacau di ladang tersebut namun telah dihalau oleh orang-orang. Pada malam pula,katak yang merupakan perantau telah singgah di ladang gandum itu untuk berehat dan telah menemui burung hantu.Mereka berbual-bual dan katak menghiburkan burung hantu dengan memainkan serulingnya. Selepas itu,sekumpulan semut telah datang untuk mencuri manisan coklat yang terdapat di ladang gandum itu.Semasa mencuri,anjing yang menjaga kawasan ladang telah berjaya menangkap sekumpulan semut itu dan semut telah dituduh mencuri gandum. Namun semut menafikan kerana mereka tidak makan gandum,mereka makan manisan coklat. Selepas itu,salah seekor anjing mengatakan bahawa ia ada terlihat katak yang sedang berbual dengan burung hantu. Katak juga telah dituduh mencuri. Namun hakikatnya ialah, sekumpulan tikus yang sebenarnya mencuri hasil gandum di ladang tersebut. Oleh itu,orang-orang,lembu,anjing dan haiwan yang dituduh mencuri telah bekerjasama memasang perangkap untuk menangkap tikus. Akhirnya tikus telah berjaya ditangkap dan mereka dihukum membersihkan ladang gandum tersebut selama sebulan.

Saya memegang watak seekor semut. Costume semut berwarna merah,baju serta seluar semut merah. Malah kami juga ada membuat bontot semut menggunakan dawai serta span kemudian diikat pada pinggang kami. Selain itu, kami memakai crown melambangkan semut serta mempunyai sengsungut. Sementara muka pula,dicatkan warna merah putih menggunakan makeup paint krayolan.Sebelum memulakan proses makeup,pastikan muka bersih serta dilembabkan sedikit kulit wajah agar tidak stress,kemudian lukis garisan menggunakan eyeliner pencil.pada bahagian tengah diwarnakan putinh kemudian pada bahagian kiri dan kanan wajah pula diwarnakan merah.kemudian kening ditebalkan.Setelah siap,akhir sekali pekatkan semula garisan tersebut menggunakan warna hitam.

Solekan ini lebih dikenali sebagai solekan fantasi. Bagi saya solekan fantasi ini sangat penting bagi menghidupkan watak-watak fantasi terutamanya. sebagai contoh watak badut atau binatang.sekiranya wajah tidak dioles oleh solekan,penonton tidak akan nampak watak yang dibawa malah tidak akan dapat faham jalan cerita sesuatu teater itu. Oleh itu,bagi saya solekan semut ini sangat membantu saya dalam menghidupkan lagi watak serta perwatakan saya sebagai seekor semut yang cantik tapi nakal. Selain itu,rakan-rakan saya yang lain juga turut mengenakan solekan mengikut watak mereka sendiri. Solekan fantasi ini juga sangat penting dalam membantu seseorang pelakon untuk menjiwai watak yang dibawa. Sebagai contoh,diri saya sendiri,apabila mengenakan solekan semut itu,saya dapat rasakan yang saya bukan diri saya lagi,saya adalah seekor semut.Akhirnya saya berjaya membawa watak semut dan kanak-kanak terhibur apabila melihat aksi kami semasa persembahan.

Sekian, terima kasih.

Berikut adalah hasil lakaran semut saya :

Wednesday, November 3, 2010

SPECIAL EFFECTS MAKE UP


Tarikh             :01 /04/2010
Masa              : 8.30 pm-10.30 pm
Tempat           : 8-2-6
Tajuk               : special effects

            Pada minggu ini, kami mempelajari cara-cara untuk membuat special effects make up. Pertama sekali En.fifi telah mengajar cara-cara untuk membuat darah. Bahan-bahan yang digunakan ialah, golden syrup, pewarna merah, hijau dan kuning. Setelah kesemua bahan itu dicampur, ianya seolah nampak seperti darah yang sebenar.

            Kemudian En fifi menerangkan beberapa fakta tentang lebam. Lebam mempunyai tiga peringkat iaitu pada peringkat permulaan lebam itu berwarna merah. Selepas itu, lebam itu akan bertukar warna biru kehitaman. Apbila ianya beransur pulih ia akan bertukar manjadi warna kekuningan. Lebam berlaku kerana pendarahan tersumbat yang berlaku di bawah kulit. Kawasanh yang paling kuat untuk lebam adalah kawasan yang bertulang. Apabila kita hendak membuat lebam di mana-mana anggota badan kita menggunakan creambase make up dan  warna asasnya ialah merah,biru,kuning,hitam dan hijau.

            Seterusnya. En fifi menunjukkan cara untuk membuat special effects. Latex adalah bahan utama diikuti dengan tisu. Setelah membuat asas bentuk yang ingin dilakukan, tentunya bagaimana corak yang perlu untuk menampakkan luka itu seperti luka yang benar. Selepas itu gunakan creambase make up untuk mewarnakan latex yang telah kering. Seterusnya letakkan darah yang dibuat tadi untuk menampakkan seperti luka itu baru terjadi.









           

FANTASY MAKE UP


Tarikh             : 23/03/2010
Masa              : 9.30 am – 12.30 pm
Tempat           : 8-2-6
Tajuk               : fantasy make up( animal )

            Pada minggu ini saya mempelajari cara-cara untuk mengaplikasikan imaginasi di atas muka saya. Dengan bertemakan haiwan kami semua diminta untuk mereka sendiri corak atau pengayaan corak haiwan tersebut dengan lain dari bentuk asal. En Fifi memberitahu fantasy make up tidak semestinya sama dengan bentuk atau corak asal sesuatu yang kita pilih
     
       Saya telah memilih semut untuk make up fantasy saya. Setelah lakaran saya diluluskan oleh En Fifi, saya mula untuk mengaplikasikannya di muka saya. Bagi make up kali ini, saya tidak menggunakan foundation, kerana saya akan menggunakan terus aqua colour iaitu yang memang khas untuk fantasy make up. Warna yang telah saya pilih ialah putih dan merah. Pada mulanya, saya akan melakar segala bentuk lakaran yang saya telah reka pada muka saya dengan menggunakan celak. Setelah selesai melakat di muka, saya mula mewarnakan warna-warna yang telah saya pilih. Muka saya nampak seperti semut tetapi dalam keadaan warna yang berbeza.



 Sebelum












 Selepas
 










GENDER REVERSAL


Tarikh             : 06/03/2010
Masa              : 9.30 am – 12.30 pm
Tempat           : 8-2-6
Tajuk               : gender reversal

Pada minggu ini kami akan belajar cara-cara untuk menukar jantina dari segi make up muka. Saya telah memilih watak tersebut :

Nama                : Mahmud Khan
Umur                  : 32
Pekerjaan         : penjual permaidani
Status                : Bujang
Tempat tinggal : Kampung Baru, Kuala Lumpur

Kali ini saya perlu memakai foundation chinese kerana watak saya pada kali ini adalah seorang lelaki pakistan. Setelah muka saya cukup gelap, stipple sponge digunakan untuk membuat misai dan jambang. Foundation warna hitam digunakan untuk menambah misai dan jambang.


 

Sebelum











 














Selepas




OLD AGE MAKE UP

Tarikh             : 02/02/2010
Masa              : 9.30 am – 12.30 pm
Tempat           : 8-2-6
Tajuk             : old age make up

            Pada minggu ini, kami mempelajari tentang cara-cara untuk make up orang tua. Para pelakon perlu mengetahui cara-cara untuk mengaplikasikan perwatakan orang tua di muka meraka sendiri.
            Seperti biasa, setelah meratakan muka dengan foundation skintones, kami diarahkan untuk membuat segala kedutan yang terdapat di muka kami. Kedutan-kedutan ini dibuat dengan menggunakan pensil eyeliner. Ianya hendaklah dilukis dengan betul supaya kedutan tadi nampak dengan jelas. Setelah itu, En FiFi mengarahkan kami supaya menghilangkan kedutan-kedutan yang dilukis tadi.
            Kemudian, En Fifi mengarahkan kami membuat make up orang tua yang berumur 30 tahun. Dengan mengunakan cara yang sama. Seterusnya orang tua yang berumur 40 tahun. Dan akhir sekali kami diarahkan membuat muka orang tua yang berumur 60 tahun dan sakit. Sedikit lipstick atau eyeshadow ditambah di hujung mata supaya nampak seperti orang sakit, seterusnya highlight boleh digunakan di bahagian pipi. Untuk menampakkan pipi jatuh.



 

Tarikh             : 23/02/2010
Masa              : 9.30 am – 12.30 pm
Tempat           : 8-2-6
Tajuk             : Old Age Make Up ( Bangsawan )

          Minggu ini masih dalam genre old age make up. Kami dikehendaki mencari watak-watak orang tua dan melakar make up yang kami ingin kami buat pada muka kami. Saya telah memilih, watak mak ngah dalam filem Lembing awang pulang ke dayang.

            Selepas En Fifi, memilih design yang telah saya buat, saya mula memakai foundation skintones.Sepertibiasasegalakerut-kerut yang ingin dibuatakan dilakar menggunakan eye liner. Setelah itu, seratakan lakaran-lakaran itu ke dalam foundation supaya ianya tidak nampak comot. Setelah itu, letakkan sedikit foundation berwarna putih di bahagian depan rambut.

            Watak yang saya pilih ialah berumur 55 tahun. Jadi segala tanda-tanda yang menunjukkan tua perlulah jelas.

           



Tarikh             : 02/03/2010
Masa              : 9.30 am – 12.30 pm
Tempat           : 8-2-6
Tajuk             : Old Age Make Up (nenek kebayan )

            Minggu ini, watak nenek kebayan adalah tugasan kami. Saya telah memilih teater Puteri Gunung Ledang dan mengambil watak nenek kebayan yang menjaga Gunung Ledang. En Fifi memilih lakaran yang paling sesuai dan menyuruh untuk mengaplikasikan di muka saya.

            En Fifi telah memberi buku stage make up sebagai panduan. Minggu ini En Fifi menyuruh kami make up muka kami untuk persembahan di pentas besar. Ini bermakna kesan khas penuaan perlu dijelaskan dengan ketara supaya penonton nampak lebih jelas tentang watak dan perwatakan yang ingin disampaikan. Setelah memakai base foundation, highlight digunakan untuk menjelaskan kedut  yang perlu dibuat. Saya perlu mengerutkan muka dan menyapukan highlight di bahagian kedutan yang timbul, dengan itu segala garisan akan terbentuk dan lebih senang untuk menjelaskannya. Kali ini saya tidak menggunakan celak untuk menjelaskan garisan kedutan tetapi menggunakan foundation negro. Segala garisan yang terbentuk akan diwarnakan dengan foundation negro. Setelah selesai semua bahagian yang perlu di highlightdan shading, putihkan kening dan rambut supaya nampak lebih jelas perwatakannya.




 Sebelum
















Selepas